Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.
Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:
Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.
Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
Muat Turun Pekeliling:
Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:
1. Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
2. Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
![]() |
sumber : Buku Takwim NUTP 2013, Johor; halaman 12. |
- Rujuk Pekeliling-Pekeliling Di Bawah Untuk Keterangan Lanjut:
Muat Turun Pekeliling:
0 Comments