Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah & Menengah


Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18,Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}

Kegagalan atau keenggananmelaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}

Di bawah ini merupakan softcopy Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum bagi Sekolah Rendah dan Mengenah. Guru-guru boleh buat semakan bagaimana pelaksanaan sepatutnya yang berlaku di sekolah. Turut disertakan contoh surat menyurat, perancangan, rekod kehadiran dan laporan.

Bagi memudahkan para guru dalam menyediakan dokumentasi, guru-guru boleh memuat turun softcopy dalam format Words di pautan bawah.

Muat Turun : Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah & Menengah (Format Words)

Post a Comment

0 Comments