Pemantauan PdP merupakan sesuatu keperluan di sekolah. PdP guru tidak hanya dipantau oleh Guru Besar, malah PPD, JPN, Jemaah Nazir akan turut melakukan pemantauan ini. Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan guru menyampaikan yang terbaik kepada murid-murid mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti input yang disampaikan.
Setiap pemantaun akan menggunakan intrumen yang selaras. Aspek-aspek penting yang akan dinilai terlah ditetapkan di dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Standard 4.
Di bawah ini merupakan borang pemantauan yang digunakan oleh semua pemantau daripada Jemaah Nazir hinggalah sekolah sendiri. Semoga aspek-aspek yang terkandung di dalam borang ini membantu guru-guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih di masa hadapan.
MUAT TURUN: Borang Instrumen Pemantauan PdP Guru Di Dalam Kelas
jobs from my.neuvoo.com
Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi.
Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)
Setiap pemantaun akan menggunakan intrumen yang selaras. Aspek-aspek penting yang akan dinilai terlah ditetapkan di dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Standard 4.
Di bawah ini merupakan borang pemantauan yang digunakan oleh semua pemantau daripada Jemaah Nazir hinggalah sekolah sendiri. Semoga aspek-aspek yang terkandung di dalam borang ini membantu guru-guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih di masa hadapan.
MUAT TURUN: Borang Instrumen Pemantauan PdP Guru Di Dalam Kelas
Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi.
Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)
- Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :
- penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan
- penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
- hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
- perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
- kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
- komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid
- penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
- penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan p&p
- kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
- penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat
- pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p
- pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru
- hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru
- hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan
- hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran
- Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru
- Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran
- Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri
- Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran
- Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format
- Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan
- Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan
- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid
- Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan
- Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
- Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran
- Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya
- Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar
- Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid
- Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid
- Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)
- Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran
- Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid
- Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang
- Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi
- Masa pelajaran digunakan dengan optimum
- Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai
- Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan
- Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian
- Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid
- Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran
- Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan
- Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai
- Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p
- Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten
- Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas
- Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid
- Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p
- Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid
- Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran
- Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan dengan jelas, yakin dan tepat
- Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan isu semasa / pengalaman murid
- Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut tahap potensi murid
- Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses p&p
- Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran
- Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka
- Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran
- Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran
- Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya
- Guru menepati masa
- Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati
- Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid
1 Comments
Terima kasih cikgu kool@cikgushare....
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi borang pemantauan di atas. Saya berharap agar ckg dpt membantu saya untuk "unprotect file" tersebut. Di harapkan ckg dpt emailkan ke abdul4latiff@gmail.com
Terima kasih sekali lagi.
Cikgu Abdul Latiff bin Ahmad