Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Koleksi dan Panduan Penyedian Fail Meja Di Sekolah

DIKEMASKINI!


PEMAKAIAN PEKELILING


Pekeliling PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN

Pekeliling ini menggantikan PKPA Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang dikeluarkan pada 1 Julai 1991 serta PKPA Bil. 11 Tahun 1991: Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja.

Sehubungan dengan itu, SISTEM FAIL MEJA tidak lagi digunapakai untuk rujukan.

Rujuk posting terbaru dipautan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam

Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya. Lihat rajah di bawah:
FM berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu FM dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari.

Asas FM adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam FM adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya FM adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.

Untuk panduan semua warga di sekolah, di ruang muat turun ini kami sediakan beberapa contoh fail meja yang perlu ada di sekolah. Semoga dapat memabantu!

Muat Turun


Post a Comment

2 Comments

  1. KEPADA PEMILIK CIKGU SHARE INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN BAHAN TENTANG FAIL MEJA. iA AMAT BERGUNA DAN MEMUDAHKAN KERJA SAYA.
    SEMOGA PEMILIK SITE INI DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, BERJAYA DALAM KARIER DAN HIDUP DAN SIHAT SELALU.

    K.SUGUMARAN...GURU PULAU PINANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH PENULIS BLOG. SAYA AMAT MENGHARGAI JASA BAIK TUAN. AMAT MEMBANTU SAYA.

      CIKGU ASYRAF

      Delete